Maxis Live Ekelas (Matematik & Sains Tahun 6 - Tingkatan 1)

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2019, telah berlangsungnya kelas MAXIS Live eKelas bagi matapelajaran Matematik dan Sains tahun 6 serta tingkatan 1, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari.

Pada kali ini pembelajaran live eKelas turut menggunakan learning port untuk rujukan peserta. Pembelajaran matematik tahun 6 mengenai topik bertajuk Ukuran Panjang. Manakala matapelajaran sains tahun 6 belajar mengenai mekanisma pernafasan. Bagi Tingkatan 1, topik pembelajaran adalah mengenai sistem respirasi manusia. Seperti biasa, setiap matapelajaran mempunyai aktiviti latihan dan hasil kerja perlu dimuat turun kedalam portal masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali